Sunday 3 June 2012

Iman Semut vs Iman Manusia

IMAN SEMUT



Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Sulaiman berasa hairanbagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.

Nabi Sulaiman pun bertanya kepada semut: "Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan yang cukup untuk kamu". Semut pun menjawab: "Rezeki di tanagn ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untukku". 

Lantas Nabi Sulaiman pun bertanya: "Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?" Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan". Nabi Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu hanya makan sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong". 

Nabi Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi Sulaiman mengambil sebiji gandum, dibubuh dalam bekas dan ditutup bekas itu. Kemudian Nabi Sulaiman tinggalkan semut  di dalam bekas dengan sebiji gandum selama sebulan.

Apabila telah cukup sebulan, Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menempelak semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku! Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah". Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong! Kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa kepadaku".

Tetapi, apabila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengahnya sahaja supaya tahan dua bulan. aku takut kamu lupa". Itulah iman semut.

IMAN MANUSIA



Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja yang ganjil. Bila ada orang mati mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali terlebih dahulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba allah ini ialah dia tidak digali kubur untuk tanam mayat. Sebaliknya, apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik ke rumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek balik.

 Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di INTERVIEW oleh Munkar Nakir. Dia korek 1  kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur. Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya: "Ya Imam, kenapakah daripada 100 kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat, yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?"

Jawab Imam Suffian: "Di akhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu ditangan Allah, 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Allah". Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan sogokan duit yang banyak, biasanya iman akan beralih. Nyatalah iman  semut lebih kuat dari iman manusia.


Saturday 14 January 2012

Suatu Hari, Seorang Bayi Siap Untuk Dilahirkan Ke Dunia

Dia bertanya kepada Tuhan: "Para malaikat di sini mengatakan bahawa esok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana; saya begitu kecil dan lemah?"
Dan Tuhan menjawab: "Aku telah memilih satu malaikat untukmu, Ia akan menjaga dan mengasihimu.”
Bayi bertanya lagi: "Tetapi di sini; di dalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa..., Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia."
"Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia."
"Dan bagaimana bisa saya mengerti di saat orang-orang berbicara kepada saya jika saya tidak mengerti bahasa mereka?
Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar; dan  dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara berbicara."
“Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepadaMu?"
"Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa."
"Saya mendengar bahawa di bumi banyak orang jahat, siapa yang akan melindungi saya?"  
"Malaikatmu akan melindungimu; walaupun hal tersebut mungkin akan mengancam jiwanya."
"Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak melihatMu lagi."
"Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku, dan akan mengajarkan bagaimana agar kamu bisa kembali kepadaKu; walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa di sisimu."
Di saat itu, Syurga begitu tenang dan heningnya sehingga suara dari Bumi dapat terdengar, dan sang bayi bertanya perlahan: "Tuhan, jika saya harus pergi sekarang, bisakah Kamu memberitahuku nama malaikat tersebut?"
"Kamu akan memanggil malaikatmu itu: ‘IBU’. Ingatlah sentiasa kasih sayang dan pengorbanan ibu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa..... Dialah satu-satunya harta yang tiada galang gantinya dunia akhirat....

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara:
1)Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
2)Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
3)Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam,
4)Disulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu.

"Sampaikanlah, walau satu ayat"

Monday 26 December 2011

KESIAN

Hari ni aku ingin menulis sesuatu yang realiti yang sedang terjadi pada masyarakat melayu yang beragama Islam...Kenapa tajuknya Kesian??
Aku rasa hairan pada masyarakat melayu sekarang ini...sebab apa??
Kita rasa terharu dan kesian kepada seorang bayi yang masih tidak mengerti apa-apa dibuang atau seorang kanak-kanak yang menjadi mangsa dera seperti ini :




Hati kita tersentuh apabila melihat gambar2 seperti ini dan mengutuk orang yang melakukan kekejaman itu....
Tetapi kita tidak terasa apa2 melihat adik beradik atau salah seorang ahli keluarga kita bebas mendedahkan aurat apabila keluar daripada rumah...Padahal kita sedar bahawa mereka akan mendapat balasan yang setimpal dengan perbuatan mereka...inilah realitinya kan...Tidak kesian akan diri sendiri...
Disebabkan kita tidak mempunyai rasa kasihan terhadap diri sendiri, kita mungkin terjerumus ke lembah-lembah maksiat..
Kita kesian kepada mereka yang didera di dunia ini tapi kita sendiri tak pernah rasa kesian kepada diri kita yang mungkin akan didera di akhirat kelak...




Jadi, marilah kita sama2 berubah dan saling mengingati antara satu sama lain supaya kita sentiasa mendapat keredhaan Ilahi...

Wednesday 21 December 2011

Nikah

Dah lama aku xpost benda baru...dalam masa terdekat ni macam2 dah berlaku...kebanyakannya majlis kahwin la...mana taknya, cuti....aku telah dipilih untuk mewakili Pak ndak aku untuk meminang seseorang untuknya...tak lama lepas tu aku menghadiri majlis akad nikah sepupu aku di Perak..nampaknya sunnah2 Nabi s.a.w semakin ditinggalkan dalam unsur perkahwinan...terdapat 5 sunnah kesemuanya...

1) Walimatul urus (orang kita sekarang dah senang dengan wujudnya perkhidmatan katering. jadi sunnah ini semakin dilupakan)

2) Menyebarkan berita tentang majlis perkahwinan yang bakal diadakan (mestilah, kalau x bukan majlis namanya)

3) Menjalankan akad nikah di masjid atau surau (dah jarang kita nampak sebab langsungkan akad nikah kat rumah lagi cepat, tak yah jalan jauh2)

4) Berkompang bagi memeriahkan majlis (di kg.2 selalu la kita nampak sebab budaya ni xpupus lagi)

5) Kenduri untuk menjamu tetamu (biarlah kita menjamu berdasarkan kemampuan kita. Rasulullah berkata: jamulah mereka seekor kambing, sekiranya tak mampu hidanglah apa yg termampu. Beringatlah bahawa jamuan paling murah ketika Rasulullah berkhwin adalah buah tamar yg digoreng bersama tepung sahaja)

Dah tau kan..harap2 kita yang akan melakukannya suatu hari nanti...

Wednesday 9 November 2011

DENGAN SIAPA KAMU DUDUK??


Barangsiapa yang duduk dengan 8 macam manusia, akan ditambah Allah baginya 8 corak hidup...
Apabila duduk bersama :



1) Orang Kaya-Allah tambahkan rasa cinta kepada dunia



2) Orang Miskin-Bersyukur dengan qada' dan qadar Allah



3) Orang Besar-Akan ditambah rasa kasar dan sombong



4) Bukan Muhrim-Akan ditambah kebodohannya dan meningkat syahwatnya



5) Kanak-Kanak-Ditambah kepadanya sikap main-main dan  bergurau senda



6) Orang Fasiq-Akan menambah dosa dan bertangguh untuk bertaubat



7) Orang Soleh-Akan ditambah rasa taat


8) Ulama'-Akan bertambah ilmunya dan menjadi warak