Monday 26 December 2011

KESIAN

Hari ni aku ingin menulis sesuatu yang realiti yang sedang terjadi pada masyarakat melayu yang beragama Islam...Kenapa tajuknya Kesian??
Aku rasa hairan pada masyarakat melayu sekarang ini...sebab apa??
Kita rasa terharu dan kesian kepada seorang bayi yang masih tidak mengerti apa-apa dibuang atau seorang kanak-kanak yang menjadi mangsa dera seperti ini :




Hati kita tersentuh apabila melihat gambar2 seperti ini dan mengutuk orang yang melakukan kekejaman itu....
Tetapi kita tidak terasa apa2 melihat adik beradik atau salah seorang ahli keluarga kita bebas mendedahkan aurat apabila keluar daripada rumah...Padahal kita sedar bahawa mereka akan mendapat balasan yang setimpal dengan perbuatan mereka...inilah realitinya kan...Tidak kesian akan diri sendiri...
Disebabkan kita tidak mempunyai rasa kasihan terhadap diri sendiri, kita mungkin terjerumus ke lembah-lembah maksiat..
Kita kesian kepada mereka yang didera di dunia ini tapi kita sendiri tak pernah rasa kesian kepada diri kita yang mungkin akan didera di akhirat kelak...




Jadi, marilah kita sama2 berubah dan saling mengingati antara satu sama lain supaya kita sentiasa mendapat keredhaan Ilahi...

No comments:

Post a Comment