Wednesday 21 December 2011

Nikah

Dah lama aku xpost benda baru...dalam masa terdekat ni macam2 dah berlaku...kebanyakannya majlis kahwin la...mana taknya, cuti....aku telah dipilih untuk mewakili Pak ndak aku untuk meminang seseorang untuknya...tak lama lepas tu aku menghadiri majlis akad nikah sepupu aku di Perak..nampaknya sunnah2 Nabi s.a.w semakin ditinggalkan dalam unsur perkahwinan...terdapat 5 sunnah kesemuanya...

1) Walimatul urus (orang kita sekarang dah senang dengan wujudnya perkhidmatan katering. jadi sunnah ini semakin dilupakan)

2) Menyebarkan berita tentang majlis perkahwinan yang bakal diadakan (mestilah, kalau x bukan majlis namanya)

3) Menjalankan akad nikah di masjid atau surau (dah jarang kita nampak sebab langsungkan akad nikah kat rumah lagi cepat, tak yah jalan jauh2)

4) Berkompang bagi memeriahkan majlis (di kg.2 selalu la kita nampak sebab budaya ni xpupus lagi)

5) Kenduri untuk menjamu tetamu (biarlah kita menjamu berdasarkan kemampuan kita. Rasulullah berkata: jamulah mereka seekor kambing, sekiranya tak mampu hidanglah apa yg termampu. Beringatlah bahawa jamuan paling murah ketika Rasulullah berkhwin adalah buah tamar yg digoreng bersama tepung sahaja)

Dah tau kan..harap2 kita yang akan melakukannya suatu hari nanti...

No comments:

Post a Comment