Saturday, 14 January 2012

Suatu Hari, Seorang Bayi Siap Untuk Dilahirkan Ke Dunia

Dia bertanya kepada Tuhan: "Para malaikat di sini mengatakan bahawa esok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana; saya begitu kecil dan lemah?"
Dan Tuhan menjawab: "Aku telah memilih satu malaikat untukmu, Ia akan menjaga dan mengasihimu.”
Bayi bertanya lagi: "Tetapi di sini; di dalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa..., Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia."
"Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia."
"Dan bagaimana bisa saya mengerti di saat orang-orang berbicara kepada saya jika saya tidak mengerti bahasa mereka?
Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar; dan  dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara berbicara."
“Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepadaMu?"
"Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa."
"Saya mendengar bahawa di bumi banyak orang jahat, siapa yang akan melindungi saya?"  
"Malaikatmu akan melindungimu; walaupun hal tersebut mungkin akan mengancam jiwanya."
"Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak melihatMu lagi."
"Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku, dan akan mengajarkan bagaimana agar kamu bisa kembali kepadaKu; walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa di sisimu."
Di saat itu, Syurga begitu tenang dan heningnya sehingga suara dari Bumi dapat terdengar, dan sang bayi bertanya perlahan: "Tuhan, jika saya harus pergi sekarang, bisakah Kamu memberitahuku nama malaikat tersebut?"
"Kamu akan memanggil malaikatmu itu: ‘IBU’. Ingatlah sentiasa kasih sayang dan pengorbanan ibu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa..... Dialah satu-satunya harta yang tiada galang gantinya dunia akhirat....

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara:
1)Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
2)Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
3)Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam,
4)Disulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu.

"Sampaikanlah, walau satu ayat"

Monday, 26 December 2011

KESIAN

Hari ni aku ingin menulis sesuatu yang realiti yang sedang terjadi pada masyarakat melayu yang beragama Islam...Kenapa tajuknya Kesian??
Aku rasa hairan pada masyarakat melayu sekarang ini...sebab apa??
Kita rasa terharu dan kesian kepada seorang bayi yang masih tidak mengerti apa-apa dibuang atau seorang kanak-kanak yang menjadi mangsa dera seperti ini :




Hati kita tersentuh apabila melihat gambar2 seperti ini dan mengutuk orang yang melakukan kekejaman itu....
Tetapi kita tidak terasa apa2 melihat adik beradik atau salah seorang ahli keluarga kita bebas mendedahkan aurat apabila keluar daripada rumah...Padahal kita sedar bahawa mereka akan mendapat balasan yang setimpal dengan perbuatan mereka...inilah realitinya kan...Tidak kesian akan diri sendiri...
Disebabkan kita tidak mempunyai rasa kasihan terhadap diri sendiri, kita mungkin terjerumus ke lembah-lembah maksiat..
Kita kesian kepada mereka yang didera di dunia ini tapi kita sendiri tak pernah rasa kesian kepada diri kita yang mungkin akan didera di akhirat kelak...




Jadi, marilah kita sama2 berubah dan saling mengingati antara satu sama lain supaya kita sentiasa mendapat keredhaan Ilahi...

Wednesday, 21 December 2011

Nikah

Dah lama aku xpost benda baru...dalam masa terdekat ni macam2 dah berlaku...kebanyakannya majlis kahwin la...mana taknya, cuti....aku telah dipilih untuk mewakili Pak ndak aku untuk meminang seseorang untuknya...tak lama lepas tu aku menghadiri majlis akad nikah sepupu aku di Perak..nampaknya sunnah2 Nabi s.a.w semakin ditinggalkan dalam unsur perkahwinan...terdapat 5 sunnah kesemuanya...

1) Walimatul urus (orang kita sekarang dah senang dengan wujudnya perkhidmatan katering. jadi sunnah ini semakin dilupakan)

2) Menyebarkan berita tentang majlis perkahwinan yang bakal diadakan (mestilah, kalau x bukan majlis namanya)

3) Menjalankan akad nikah di masjid atau surau (dah jarang kita nampak sebab langsungkan akad nikah kat rumah lagi cepat, tak yah jalan jauh2)

4) Berkompang bagi memeriahkan majlis (di kg.2 selalu la kita nampak sebab budaya ni xpupus lagi)

5) Kenduri untuk menjamu tetamu (biarlah kita menjamu berdasarkan kemampuan kita. Rasulullah berkata: jamulah mereka seekor kambing, sekiranya tak mampu hidanglah apa yg termampu. Beringatlah bahawa jamuan paling murah ketika Rasulullah berkhwin adalah buah tamar yg digoreng bersama tepung sahaja)

Dah tau kan..harap2 kita yang akan melakukannya suatu hari nanti...

Wednesday, 9 November 2011

DENGAN SIAPA KAMU DUDUK??


Barangsiapa yang duduk dengan 8 macam manusia, akan ditambah Allah baginya 8 corak hidup...
Apabila duduk bersama :



1) Orang Kaya-Allah tambahkan rasa cinta kepada dunia



2) Orang Miskin-Bersyukur dengan qada' dan qadar Allah



3) Orang Besar-Akan ditambah rasa kasar dan sombong



4) Bukan Muhrim-Akan ditambah kebodohannya dan meningkat syahwatnya



5) Kanak-Kanak-Ditambah kepadanya sikap main-main dan  bergurau senda



6) Orang Fasiq-Akan menambah dosa dan bertangguh untuk bertaubat



7) Orang Soleh-Akan ditambah rasa taat


8) Ulama'-Akan bertambah ilmunya dan menjadi warak